Khamis, Ogos 26, 2010

Anak kecil DAN I bunya

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"



Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Dari KeraNa Mata


Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik...

Hikmah Solat untuk Kesihatan

P/s: Jangan la Solat dijadikkan Mainan Pulok ye..

Oleh Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim
Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya
Kebaikan solat terbukti dalam kajian yang telah dijalankan. Dianggarkan ramai kumpulan sasaran yang akan mendapat manfaat daripada klinik solat ini. Jelas terbukti membongkar kebaikan solat dari perspektif sains benar-benar melangkaui kemungkinan. Rasullullah s.a.w memerintahkan kaum muslimin agar mengikut cara bersolat baginda seperti dalam hadis Rasulullah yang bersabda:"Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat" - Riwayat Bukhari dan Muslim. Hikmah solat dalam kedudukan berikut: Berdiri
* Pastikan badan berada dalam satu garis lurus, beban badan di letakkan di kedua-dua kaki.
* Otot atas belakang badan berada dalam keadaan rehat.
* Otot-otot kedua tangan berada dalam keadaan istirehat sepenuhnya.
Rukuk
* Merehatkan sepenuhnya otot bahagian bawah belakang.
* Meregangkan otot paha dan betis.
* Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang.
* Melembutkan ruas tulang belakang untuk mengurangkan kesakitan waktu bersalin.
Sujud
* Melancarkan aliran darah dan aliran limfa.
* Membantu proses pengepaman jantung dan mengelakkan (pengerasan salur darah).
* Menguatkan otot-otot dada.
* Melancarkan aliran darah ke otak.
* Memulihkan kedudukan rahim.
Duduk antara dua sujud
* Melancarakan aliran darah ke kawasan bawah badan.
* Mengurut otot bahagian bawah badan.
* Merawat otot-otot yang tercedera selepas bersalin.
* Merawat buasir.
Duduk tahiyat
* Posisi kaki seumpama rawatan ‘akupunktur’ mengurut telapak kaki yang mewakili organ-organ dalam badan.
* Merawat buasir.
* Merawat penyakit berkaitan alat kelamin lelaki.
Memusing kepala untuk memberi salam
* Menguatkan otot leher.
* Menghilangkan sengal dan lenguh bahagian leher.
Solat Tarawih dan Puasa Terhadap Kompisisi Badan
* Menguatkan otot dan meningkatkan kadar pembakaran lemak.
* Lemak kurang dalam salur darah – kekenyalan salur darah meningkat dan rintangan berkurang.
* Puasa tidak akan mengakibatkan nyahhidrasi pada sel tubuh badan.
* Sebaliknya, kandungan air di dalam sel badan semakin meningkat.
* Pergerakan Solat Tarawih lebih selama 140 minit dalam satu sesi adalah konsisten dengan tahap senaman sederhana untuk melebihi 150 minit seminggu dan puasa pula merupakan diet yang baik.
* Aktiviti ini dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak sekaligus merendahkan lemak dan nilai glukosa.
Kesimpulan: Solat umpama senaman ringan dan berpuasa umpama diet yang baik. Kegiatan ini boleh meningkatkan kadar pembakaran basal dan menurunkan kolestrol badan. Justeru ia dapat mengelakkan penyakit jantung, stress, kolestrol dan kegemukan. Pergerakan yang dilakukan semasa solat telah dibuktikan dapat memulihkan fungsi otot-otot dan merawati sakit pinggang. Postur dan pergerakan solat boleh digunakan sebagai salah satu rawatan pemulihan alternatif untuk menyembuhkan atau mengurangkan sakit pinggang, bukan sahaja kepada penghidap sakit pinggang kronik, tetapi juga disyorkan kepada wanita mengandung tanpa mengira bangsa dan agama.


Solat Tiang kepada teguhnya Agama Islam